Saturday, 16 January 2016

Resepi Tomnyam

Assalamualaikum . harini saya nak share lah satu resepi tomnyam memang tiptop sangat . memang tak rugi lah kan kalau follow resepi ni memang best sangat . dah banyak kali lah try resepi ni memang menjadi . ni saya ambil dari blog . SINI

Bahan:

1. Ayam, daging, udang, sotong etc
2. Pes tomyam made in thai (jangan pakai kiub)
3. Sayuran (carrot, bunga kobis, jagung muda, kobis etc)
4. Tomato 1 biji
5. Daun limau purut 3 4 helai
6. limau kasturi ambil airnya
7. bawang besar sebiji potong bulat
8. bawang putih 3 ulas diketuk
9. lengkuas seinci diketuk (tapi saya tak letak)
10. Cili padi ikut suka banyak mana
11. serai 1 batang dititik
12. susu pekat manis 1 sudu
13. garam perasa
14. air untuk kuah

1. Masukkan ayam, udang, sotong, daging apa saja lah yang disukai. Masuk sekali bawang besar, bawang putih, cili padi, daun limau, serai, air. Biarkan sampai mendidih. Tapi kalau nak masukkan udang, masukkan last last sikit takut udang tu keras or kecut.



2. Bila air mendidih, Masukkan sayuran. then,  masukkan pes tomyam. saya suggest korang pakailah pes tomyam yang made in thailand punya. Lagi banyak tulisan siam lagi bagus. Hahaha. Tapi pastikan halal ye. saya pakai pes yang ni. Masukkan 3 sudu besor. Ikutlah air korang banyak mana. Lagi banyak pes lagi kaw!


3. Okey ini langkah secret nak bagi tomyam sedap. Bubuh susu pekat 1 sudu.  bubuh susu pekat sikit therefore tomyam  akan mabeles gitu. Bubuh susu cair pun boleh. Jangan banyaklah ye, 1 sudu cukup. Bagi rasa lelemak sikit gitu. Kang banyak sangat kang jadi susu tomyam 


4. Perahlah limau kasturi tu sikit bagi masam masam. Pastu perasakan dengan garam. Siap!!


ps: gambar ni semua dari blog SINI sebab tak terpikir pulak nak snap gambar masa memasak , huhu . memang terbaik lah . 


Thursday, 14 January 2016

Doodleart







Dah lama dah tak berblog . huhu . act , ni first doodleart yang aku pernah buat lah selama aku hidup . lol . ni pon tengok dekat internet , tak berapa kreatif lah nak buat lukisan pusing pusing ni . tabah betul lah nak siapkan doodle ni . insyaallah akan buat lebih baik daripada ni kalau ada masa lah , selalunya busy , busy buat apa pon tak tahu lah , hahhahaha . saje nak share doodleart ni dengan korang sebab tak tahu nak tulis blog pasal apa .